Cara memutihkan kulit – Siapa saja pasti menginginkan kulit yang cantik dan bersih berseri terutama para wanita.

Namun jika anda saat ini memiliki kulit yang kurang bersih atau gelap, tidak perlu berkecil hati. Kerana ada caranya utk menjadikan utk menjadikan kulit putih dan bersih dengan menggunakan bahan semulajadi.

Dibawah ini ada 6 cara memutihkan kulit secara semulajadi yang mampu memberikan hasil yang maksimum jika dilakukan secara teratur.

Cara Memutihkan Kulit Tubuh
Pertama, pastikan anda membersihkan kulit secara menyeluruh minimum dua kali sehari dengan menggunakan kain lembut dan sabun. Basuh kulit menggunakan sabun dan mengelapnya dengan kain lembut sehingga kulit bersih dari sabun. Kain lembut ini membantu pengelupasan sel-sel kulit mati yang terdapat pada tubuh kita.

Anda juga boleh menggunakan buah tomato dan limau nipis di kulit setiap pagi sebelum mencuci muka secara teratur, caranya seperti berikut :
1. Blender sepotong tomato dengan segelas air limau nipis.
2. Sapukan lapisan masker ini secara nipis pada kulit dan biarkan selama 10 sampai 15 minit.
3. Lebihan masker boleh disimpan dalam peti sejuk, tahan selama seminggu

Kedua, bersihkan masker  menggunakan air sejuk dan sabun serta kain lap. Ketahuilah bahwa limau nipis merupakan asid semulajadi, terkadang terasa menyengat di kulit anda atau timbul rasa pedih dan itu merupakan gejala awal pemakaian dan normal. Bila anda menggunakan secara teratur, maka kulit akan terbiasa dan tidak menimbulkan rasa pedih lagi
.
Ketiga, sebelum tidur, jangan lupa memakai masker air perahan lemon dan madu lebah. Campuran satu sudu teh madu dengan satu sudu teh air perahan lemon. Lalu, sapukan ke kulit anda dan biarkan selama kurang lebih 10-15 minit. Sesudah itu, basuh menggunakan air suam. Madu memiliki khasiat untuk melembabkan kulit sedangkan lemon berguna buat memutihkan kulit dan menanggalkan sel kulit mati.

Keempat, Gunakan gel atau lendir lidah buaya organik 2 kali dalam sehari (pagi dan malam) setelah membersihkan kulit. Lidah buaya berfungsi sebagai melembabkan kulit, menyembuhkan luka atau iritasi pada kulit, dan mencerahkan kulit kerana kaya dengan pelbagai vitamin.

Kelima, Krim dari minyak Zaitun dan gula pasir. Campurkan 1 sudu makan gula pasir dan 1 sudu makan minyak zaitun, buatlah seperti krim. Gunakan jari untuk menggosokkan ke kulit dengan gerakan memutar. Hati-hati kulit di sekitar mata, jangan sampai terkena mata. Cara ini akan menghilangkan sel-sel kulit mati di lapisan permukaan kulit dan menggalakkan pertumbuhan kulit baru, serta menjadikan kulit kembali segar.

Keenam, Lemon jus dan putih telur dapat digunakan untuk membuat krim pemutih kulit secara semulajadi  di rumah, caranya seperti berikut :
1. Ambillah putih telur dan jus lemon dengan ukuran yang sama.
2. Campurkan kedua bahan tersebut dan panaskan dengan api yang kecil.
3. Tunggu sampai campuran berubah menjadi separa pekat.
4. Kemudian simpan krim tersebut di dalam bekas.
5. Simpan dalam peti sejuk sampai sejuk.
6. Sapukan krim tersebut pada kulit di tubuh/badan Anda dan tunggu sampai 15 minit sebelum dibilas.
Catatan : Cara di atas sangat efektif dan efisien untuk menghilangkan kesan hitam dari sinar matahari. Gunakan krim ini setiap hari sampai Anda mendapatkan warna kulit putih bersih yang anda inginkan.