Beberapa waktu dulu ada seorang rakan tiba-tiba jatuh sakit, Doktor memaklumkan, terdapat batu karang yang tersumbat di dalam salur hempedunya. Maka, hempedu tidak dapat dirembeskan ke saluran pencernaan menyebabkan sistem pencernaannya terganggu dan mula sakit-sakit.

Menurut Doktor, tidak ada cara lagi melainkan pundi hempedunya terpaksa dibuang melalui pembedahan. Dalam erti kata lain, dia tidak akan mempunyai pundi hempedu lagi. Rakan tersebut akhirnya bersetuju untuk menjalani pembedahan, tarikh yang dicadangkan telahpun dipersetujui. Dia segera bersetuju kerana jika lambat maka badannya akan semakin kurus, lemah dan sudah tentu terpaksa menanggung rasa sakit yang terlampau.

Namun beberapa hari sebelum pembedahan dijalankan, datang seorang saudara melawatnya. Lawatan inilah akhirnya mengubah nasib Rakan saya tadi, Doktor mengesahkan pembedahan dibatalkan serta merta!

Saudara yang datang melawat itu telah membawa:

1. Tiga biji buah kelapa hijau @ buah kelapa ubat (warna ungu kemerahan kelihatan jika buah ini dipotong di bahagian atasnya, lihat gambar).
2. Potong di bahagian atas, buat sedikit lubang.
3. Letak buah kelapa di atas api sehingga mendidih.
4. Biarkan sejuk.
5. Minum pada waktu malam sebelum tidur.

Rakan saya amalkan selama 3 malam dan berhasil menghilangkan batu karang dalam saluran hempedu, pembedahan yang dijadualkan pun dibatalkan.

* Boleh gunakan Pemanis P3, tambahkan ke dalam air kelapa utk rasa manis yang sihat tanpa gula.

Sumber:  Baca