Daun Ceri Buat Ubat Diabetes
Sekadar berkongsi pengalaman...
Ibu saya mengalami kencing manis atau kelebihan gula dalam darah sehingga apabila tubuh luka maka akan SUSAH UNTUK PULIH.
Ibu saya juga strok dan hampir seluruh tubuh susah digerakkan sehingga sepanjang hari hanya tidur / berbaring sahaja.
Selepas satu tahun, pinggul ibu saya terluka (mungkin banyak terlentang) luka itu membentuk lubang di pinggul sehingga mengeluarkan darah dan akhirnya bernanah dan berbau busuk. Luka itu mulai merebak hingga ia kelihatan sangat parah dan menimbulkan bau busuk.
Doktor berkata bahagian tubuh yang sudah mula membusuk harus di potong supaya tidak merebak lagi banyak. Saya sudah cuba pelbagai cara tapi luka itu tidak juga sembuh.
Lalu ada seorang teman yang menyarankan untuk minum air rebusan daun ceri, ambil sehelai lalu direndam dalam segelas air panas lalu di minum, saya putuskan untuk mencuba.
(Dari admin: jika ingin rasa yang manis dan enak, jangan guna gula, tambahkan setitis Pemanis P3)
Awal minum daun itu ibu saya demam dan luka mengeluarkan nanah yang sangat banyak hingga harus saya ganti pembalut beberapa kali. Selepas dua hari minum, luka itu tidak mengeluarkan nanah lagi dan mula keluar darah merah, hari berikutnya seperti ada daging yang tumbuh menutupi luka.
Luka itu mulai bertambah baik dan tidak mengeluarkan darah atau nanah lagi, dalam masa sebulan luka mulai kering. Luka yang kecil mula tertutup, luka yang besar mula mengecut.
Sampai ke hari ini saya masih mengamalkannya tapi daunnya tidak saya rebus tapi saya keringkan dan saya gunakan untuk buat air seperti membuat teh hijau. Satu gelas diminum dua kali sehari.
Dari FB Ninik Andrianie
Sumber:
http://www.sehatituharus.com/2015/06/manfaat-daun-kersentalokseri-untuk.html